Datuk Azman RuslanVisi & MisiPandangan DatukGaleriMedia RakyatSantuni RakyatStruktur OrganisasiAspirasi Rakyat
← Dari Hati Azman Ruslan
Isu Semasa

Membangkitkan Potensi Keningau: Misi Pembangunan, Hak Rakyat dan Masa Depan Sabah

Sebagai anak jati Keningau, saya percaya daerah kita ada potensi besar jika ekonomi dibangunkan dengan betul.

Bila saya turun padang berjumpa rakyat, jelas kita perlukan tindakan yang betul-betul berkesan:

1. Jalan Raya & Infrastruktur "Jaringan jalan raya yang lebih baik bukan sahaja memudahkan pergerakan penduduk, tetapi juga dapat membantu mengurangkan kos pengangkutan hasil pertanian, membuka akses kepada pasaran dan meningkatkan daya tarikan Keningau kepada pelabur."

2. Pelancongan & Alam Sekitar "Ia memerlukan jaringan pengangkutan yang baik, kemudahan penginapan, penglibatan usahawan tempatan, tenaga kerja yang mempunyai kemahiran, promosi yang berkesan serta pengurusan alam sekitar yang bertanggungjawab."

3. Menjaga Khazanah Alam "Sabah memiliki aset semula jadi yang tiada tandingan. Hutan, sungai dan biodiversiti Sabah bukan sekadar warisan alam, tetapi aset ekonomi yang bernilai tinggi... Paling penting sekali, khazanah alam semula jadi menjamin kesejahteraan generasi akan datang."

4. Tuntut Hak Sabah (MA63) Demi Rakyat "Dalam kerangka lebih luas, hak yang benar-benar bermakna apabila ia mampu meningkatkan taraf hidup rakyat. Saya berpandangan bahawa perjuangan menuntut hak Sabah kini memasuki fasa baharu daripada sekadar menuntut hak kepada memastikan hak tersebut benar-benar diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dirasai rakyat."

Bagi saya, perjuangan ini bukan sekadar retorik. Yang penting, hasilnya mesti betul-betul sampai dan meningkatkan taraf hidup kita semua di Keningau dan Sabah.

Datuk Azman Ruslan
Ketua Bahagian PGRS P.180 Keningau

"Ini ikhtiar dan luahan jujur dari hati saya. Jika sehati dan sejiwa, bantu saya kongsikan agar lebih ramai yang mendengar. Jika ada teguran atau pandangan berbeza, pintu hati saya sentiasa terbuka untuk mendengarnya."

Kongsi pandangan ini
WhatsAppFacebookTelegramX

Ada pandangan atau cadangan?

Suara anda membentuk apa yang saya perjuangkan. Hantar terus kepada saya.

Hantar Pandangan Anda →
© 2026 Datuk Azman Ruslan
Laman Utama·Semua Pandangan·RSS