Datuk Azman RuslanVisi & MisiPandangan DatukGaleriMedia RakyatSantuni RakyatStruktur OrganisasiAspirasi Rakyat
Ketua Bahagian PGRS P.180 Keningau

Datuk Azman
Hj Ruslan

Anak jati Keningau yang berkhidmat untuk rakyat dengan integriti, kepakaran undang-undang, dan visi transformasi digital Sabah.

Portrait
Terkini 
26+
Tahun Berkhidmat
–
Kawasan Dilawati
310
Cadangan Diterima
–
Program Santuni
Catatan Peribadi

Dari Hati Azman Ruslan

“Saya menulis sendiri apa yang ada di fikiran — tentang resah gelisah rakyat, azam perjuangan parti, dan impian untuk Keningau yang kita kasihi.”

Baca Semua Pandangan

Niat yang baik - Tindakan yang nyata - Rakyat merasai manfaat

Bagi kami, semuanya bermula dengan niat yang ikhlas. Bila kita diberi amanah, kita perlu buat sebaik mungkin untuk rakyat. Bukan sekadar bercakap tentang perubahan, tetapi turun melihat sendiri, mendengar apa yang rakyat perlukan dan berusaha mencari jalan untuk menjadikan kehidupan mereka lebih baik. Inilah yang menjadi pegangan kami — ikhlas dalam niat, berbakti melalui tindakan dan sentiasa menyayangi serta mendekati rakyat.

Ikhlas

Buat kerana rakyat, bukan kerana nama. Setiap usaha bermula dengan niat yang baik dan hati yang ikhlas. Apa yang dirancang bukan sekadar untuk nampak hebat, tetapi untuk membawa kebaikan kepada rakyat. Kejujuran dan amanah menjadi asas dalam setiap tindakan.

Berbakti

Cakap yang boleh dibuat, buat yang boleh dirasai. Visi yang baik tidak sepatutnya berhenti sebagai kata-kata. Ia perlu diterjemahkan kepada kerja dan hasil yang memberi manfaat dalam kehidupan seharian — membantu membuka peluang, menyelesaikan masalah dan menjadikan hidup rakyat lebih baik.

Sayang

Dekat dengan rakyat, faham apa yang rakyat rasa. Rakyat tidak semestinya mahu bahasa yang susah atau janji yang besar. Mereka mahu didengar, difahami dan diberi penerangan yang jelas. Setiap visi perlu disampaikan dalam bahasa yang mudah, supaya orang biasa tahu apa yang ingin dilakukan dan bagaimana ia memberi manfaat kepada mereka.

Berita Terkini

Galeri Foto

Santuni Rakyat

Program Santuni Rakyat adalah usaha berterusan YBhg Datuk Azman Ruslan untuk turun padang, mendengar keperluan rakyat, dan menyalurkan bantuan secara langsung kepada individu, keluarga, dan komuniti di kampung-kampung seluruh kawasan PGRS P.180 Keningau — merangkumi bantuan kewangan, keperluan asas, dan sokongan kepada golongan yang memerlukan.

Aspirasi Rakyat

Membangun Bersama, Rakyat Sejahtera, Membina Masa Depan Demi Anak-anak Bangsa.

Ikhlas, Berbakti & Sayang. Sentiasa Mendengar Luahan Nadi Rakyat

Hantar Cadangan